Isu Khas | Beza Umno-BN & Pakatan Rakyat

Back


KUALA LUMPUR, 3 APRIL (Tvpas)-Selepas pelbagai tekanan diberikan, semalam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akhirnya tampil dengan kenyataan tidak akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Sejak kekalahan teruk BN dalam pilihanraya Mac lalu, ramai yang melihat prestasi kepimpinan yang diterajui Abdullah lemah dan gagal memainkan peranan.Ahli parlimen Jerlun, Dato Mukhriz antara yang pertama dengan lantang menyuarakan desakan supaya Abdullah melepaskan jawatan yang disandang beliau.Pandangan itu turut dikongsi bapanya yang juga bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. Abdullah juga dilihat sudah tidak releven lagi menerajui pergerakan Umno.Tg Razaleigh Hamzah dalam beberapa kenyataan turut mencadangkan satu mesyuarat luar biasa diadakan bagi memulikan permasalahan dalaman dan menguatkan semula BN. Dan beliau turut menyatakan kesediaan bertanding calon presiden bagi merawat Umno yang dilihat sudah ditahap kronik. Selasa lalu, dalam satu forum bertajuk 'Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian', anjuran MyKmu.net, Tun sekali lagi menyatakan pandangan terhadap beberapa perubahan yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan Umno Jelasnya situasi ini sangat berbeza dengan pakatan pembangkang PAS, PKR dan DAP. Dikala Umno sedang berperang sesama sendiri, pakatan pembangkang pula semakain kemas menyususn strategi untuk terus meyakinkan rakyat. Satu demi satu perhimpunan rasaksa di adakan, bemula di Kelantan terus ke Kedah kemudiannya ke Selangor. Puluhan ribu rakyat turut menyaksikannya. Dulu hanya ditempat lapang, kini stadium negeri menjadi pengkalan. Terbaru, pakatan pembangkang terus mengorak langkah dengan mewujudkan nama baru iaitu PAKATAN RAKYAT. Dengan nama baru ini, hati rakyat tentunya merasa dekat dengan pakatan ini. Lebih membanggakan, negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang lebih dahulu selesai membentuk kerajaan dengan persefahaman yang baik. Dan Perak pula selesai kemudiannya juga dengan satu bentuk persefahaman yang unik antara ketiga-tiga parti kompenen. Namun lain pula dengan dua negeri dikuasai BN Perlis dan Terengganu. Perlantikan Menteri Besar menimbulkan kontroversi sehingga wujud penentangan terbuka terhadap institusi raja-raja melayu. Namun setelah lama berlarutan, kini krisis itu juga selesai. Sehingga kini, kelima lima negeri dikuasai pakatan rakyat terus menjalankan tugas, menyelesaikan masalah rakyat dan ada diantaranya ditinggalkan kepimpinan negeri yang terdulu. Mereka menjalankan tugas dengan penuh komited dalam keadaan parti yang semakin kuat akibat kemenangan besar dalam PRU yang lalu. Namun sehingga kini, Umno barisan Nasional pula masih sibuk cabar-mancabar, kritik mengkritik sesama sendiri. Fokus mereka kepada masalah rakyat juga nampaknya semakin beralih arah dan nampaknya tidak lagi menjadi agenda utama. http://www.tvpas.com

Category: News
Uploaded: April 4th, 2008 @ 8:13 am
Author: batugiling

Length: 10:03
Rating: Whole StarWhole StarWhole StarWhole StarHalf Star
Views: 5,459

Tags: bn dap pakatan pas pkr rakyat umno

Related Video Links:


» View Video Comments For Isu Khas | Beza Umno-BN & Pakatan Rakyat
» View batugiling's Other Uploaded Videos

Video Thumbnails:


Thumbnail #1 Video Thumbnail #1:

Thumbnail #2 Video Thumbnail #2:

Thumbnail #3 Video Thumbnail #3:



Video Embedding Code:


Video Url:


Embed Code:

* Embed this video on your website, social bookmark, myspace, or blog.