Isu Khas | Penjelasan Isu Penternakan Babi Moden | Selangor

Back


SHAH ALAM, 11 Apr (tvpas)-Isu penternakan babi moden atau "Modern Pig Farming" yang diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor perlu difahami dengan jelas oleh rakyat terutama masyarakat melayu muslim. Perlu difahami, konsep toleransi dalam islam memainkan peranan besar dalam menampilkan Islam sebagai agama yang praktikal dan menghormati hak orang bukan islam. Islam hanya melarang ummatnya memakan daging babi namun tidak pernah menafikan hak untuk orang bukan islam menternak binatang itu walaupun dalam perkampungan majoriti melayu islam. Mungkin apa yang dibimbangi adalah kesan pencemaran hasil penternakan tersebut, sehingga ada golongan tampil menyatakan penentangan terhadap projek itu. Namun, telitikah kita dalam menilai hasrat murni kerajaan negeri selangor ini? Berulangkali Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan, projek itu akan dipusatkan dalam satu kawasan sahaja, menggunakan teknologi moden, dan jaminan tiada pencemaran alam sekitar akan berlaku. Jika tidak bercanggah dengan prinsip islam, dan tidak mencemarkan alam sekitar, kenapa projek ini harus ditentang? Adakah kita masih meragui kredebiliti kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor ini? Ataukah mereka yang menentang projek ini hanya disebabkan perbezaan ideologi politik semata-mata? Atau mereka sengaja ingin meniupkan sentimen perkauman semata mata untuk menjuarai isu ini? Namun berbeza pula dengan penternak-penternak yang mengganggap Kerajaan Selangor telah membuat satu tindakan bijak. Ikuti Penjelasan Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan nasional PAS dalam video ini. http://www.tvpas.com/

Category: News
Uploaded: April 11th, 2008 @ 12:34 pm
Author: batugiling

Length: 07:23
Rating: Whole StarWhole StarWhole StarWhole StarWhole Star
Views: 2,497

Tags: buat kecoh la pulak umno

Related Video Links:


» View Video Comments For Isu Khas | Penjelasan Isu Penternakan Babi Moden | Selangor
» View batugiling's Other Uploaded Videos

Video Thumbnails:


Thumbnail #1 Video Thumbnail #1:

Thumbnail #2 Video Thumbnail #2:

Thumbnail #3 Video Thumbnail #3:



Video Embedding Code:


Video Url:


Embed Code:

* Embed this video on your website, social bookmark, myspace, or blog.